Posts

Masalah pengurusan pembelajaran dan bilik darjah

Dalam pengurusan bilik darjah terdapat beberapa masalah atau halangan yang perlu diambil kira dan ditangani oleh guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin pelajar. Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004). Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkah laku disebabkan umur, kemahiran dan  keupayaan berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap pelajar, ibubapa yang memanjakan