Masalah pengurusan pembelajaran dan bilik darjah
Dalam
pengurusan bilik darjah terdapat beberapa masalah atau halangan yang perlu
diambil kira dan ditangani oleh guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam
pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin pelajar. Kebanyakan guru
berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di
sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah
berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004).
Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada
para guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah iaitu, perbezaan tingkah laku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan
berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam
kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang
rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap
pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka dan kumpulan pelajar yang membentuk
kumpulan atau ‘klik’ sendiri (Mook Soon Sang, 2011). Haliza dan Joy Nesamalar
(2009) pula menyenaraikan hubungan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan
persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak
dijangka merupakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam
usaha menguruskan bilik darjah di sekolah. Selain itu, Masalah susun atur dan
peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk
darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur
kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu
sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan
pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang keduanya ditambah
pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada
guru yang mengajar di sekolah harian. Menurut Savage (1999),
menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaru tingkah laku
pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada
akademi pelajar. Ditinjau dari aspek peralatan
pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi
selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain rosak.
Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak sama ada rosak atau
dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan
belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi
pun turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memang tidak
dapat dinafikan bantuannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan telah pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara
berkala seperti papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas
menunjukkan masalah yang guru dan bakal guru akan hadapi.
Comments
Post a Comment